Kuda degil atau kita yang degil?

Assalamualaikum semuaaaaa!
So today, saya nak share sikit.. sikit je. InsyaAllah sikit je... pasai kuda. Yes, di antara binatang tunggangan Nabi Muhammad saw selain daripada unta.

Dikala waktu lapang, dikala ada driver, dikala tiada kerja lain and dikala cuti panjang berjela-jela. Di stable lah saya selalu pegi. Sebenarnya tak selalu, tapi selalu lah jugak. If ada driver hehehehehehe.

Satu hari, I dont know why. I eksaited to the max dengar taklimat pasai Sunnah Berkuda yang disampaikan sendiri oleh owner stable and sedikit daripada makcik saya sendiri. So apa yang ingin di share kat sini ialah, kuda menonjolkan siapa kita sebenarnya. Kuda seolah-olah melakonkan semula perwatakan and attitude kita. Tak percaya? Pi try sendiri.

Cubalah kalau ingin merasainya sendiri.

Apabila kita riak, sombong tika berada di atas kuda, tengoklah kuda tu buat apa pada kita nanti.
Apabila kita takut, cuak tika berada di atas kuda, lihatlah bagaimana reaksi kuda itu.
Apabila kita pandai bergaul, berkasih sayang dengan kuda, perhatilah bagaimana kuda itu melayani kita.

Berdasarkan apa yang saya lihat, dan apa yang saya dengar, apabila seseorang itu takut dengan kuda. Ada sedikit rasa gementar apabila berdepan dengan kuda. Perasaan tu sebenarnya sampai pada kuda. Kuda boleh merasai ketakutan kita itu. Kuda itu akan mengelak daripada kita dan kadang-kadang ada juga kuda yang suka main acah-acah. Nak uji ketakutan kita setakat mana. Cenggitu lah lebih kurang hehehehehe.

Kenapa kita takut dengan kuda?

Sebab kuda tu lebih besar daripada kita.
Sebab kuda tu macam nak makan kita. Agagagagaga.....
Sebab nanti takut kena tendang. Kahkahkahkahak....~

Kadang-kadang, ada jugak kes kuda taknak jalan apabila si penunggang sudah pun berada di atas kuda. Agak-agak kenapa ek kuda tu taknak jalan?

Jawapan kita mesti kata 'Aish, degil lah kuda ni' 'Kuda ni lapar kot. Or tak cukup rehat' and etc.

Sebenarnya, jawapan tu ada pada si penunggang tersebut. Kan saya dah cakap tadi, kuda menonjolkan siapa kita sebenarnya. Kuda taknak berjalan sebab kita yang punyai problem. Mungkin kita tak fokus? Atau mungkin kita ada masalah lain? Tepuk dada, pi tanya apa masalah ang. Hikhikhik... Try lah fahami kuda sepertimana kita berusaha memahami hati manusia.

Kuda binatang yang sangat bijak. So lepasni, sesiapa yang tunggang kuda, jangan terus-menerus salahkan kuda, tengok diri sendiri dulu sebelum menuding jari pada kuda. Kuda tak buat apa-apa salah pun, kita dok tuding-tuding jari. Banyak cantik jari kita dok nuding-nuding.

So, best berkawan dengan kuda? For me, its not just best. Double triple infinity best. Any information, just click this link Sunnah Berkuda

Jom amalkan sunnah berkuda, tak amalkan, ceroi... XD Salam 'alaik!