Hai noktah

Assalamualaikum.

So, apa nak bebel cuit kata luah harini? Okay takde apa apa ekceli. Cuma nak katakan yang ai rindu blog ai uuuuuuuu lama dah tak update. Buzy -___-

Sudah tersedia maklum yang ai dah keluar matrik. And ai sudahpun sambung belajar semula, bulan 11 lepas. Alhamdulillah, sekarang segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, itu semua atas bantuan Allah swt yang telah memudahkan segalanya. Ya, segalanya. Terima kasih juga atas sokongan kawan kawan, Liyana Najihah Hafizudin Daniel Halif Fatin Shahirah Nadzirah Azreen Najah Syahmi Aiman Rafiqah Maisarah and semua lah.

Sekarang, aku buat apa yang aku suka and ini bukan hanya aku yang suka tapi Allah juga suka. InsyaAllah. Parents, saudara mara alhamdulillah berikan sokongan padu atas apa yang aku buat sekarang. Walaupun ianya lari jauh daripada result spm aku, daripada sains ambil bidang hafazan dan qiraat. Sebenarnya tiada beza pun. Itu semuanya ilmu Allah.

Ya, memang sains itu adalah suatu bidang yang luas, suatu bidang yang mencabar, suatu yang amat besar bagi kita. Aku akui itu dan aku berbangga kerana aku diberi peluang untuk mempelajari bidang tersebut. Alhamdulillah. Sekarang, bagi aku. Cukuplah. Memang sebelum ni aku rasa sayang nak tinggalkan sains, tapi aku pun ada rasa 'bila lagi aku nak rapat dengan al-Quran'. Hayatinya, sedangkan dari kecil lagi aku memang sudah cinta akan al-Quran. Nak perkecilkan mengenai agama dengan hal dunia? Agama itu teramatlah penting. Bagi aku, al-Quran amat penting bagi aku. Bukan aku nak berlagak or something like that, tapi aku rasa tu. Share. Apa yang kita rasa. Orang yang jauh dari al-Quran, hati dia keras. Keras seperti batu malah lebih keras daripada itu. Rujuklah surah al-Baqarah.

Alhamdulillah. Allah beri aku peluang untuk aku rapat dengan al-Quran. Alhamdulillah. Inilah peluang untuk aku mengangkat kedua-dua darjat ibu bapa aku di padang mahsyar nanti. Inilah masanya. InsyaAllah. Banyak kelebihan menghafaz al-Quran. Banyak sangat.

Overall, terima kasih atas sokongan yang kalian beri. InsyaAllah, degree nanti aku akan jejak kota Madinah, khatam terus di sana. Pak tam pun dah janji hehehehehe. Kalau nak pi Madinah, kena ada mahram. So pak tam nak bawa aku huuuu hehehehe eksaited! Scholarship ada, ha bantai jelah pi sambung mana mana nanti untuk sambung belajar. Alhamdulillah, untuk sambung belajar ni semua ditaja. Takde menyusahkan parents. Yelah, parents bukanlah orang senang. Ilmu sahaja jalan penyelasaiannya. And untuk situasi aku, aku nampak. Al-Quran lah penyelesaiannya. Betul lah kata ustazah Zainora, bila kita mendekati al-Quran, kita akan nampak segalanya. Sekarang, aku dah nampak. Ya, aku nampak.

As conclusion, dekatilah al-Quran. Bacalah jikalau tidak mahu memahaminya. Tapi sebolehnya, fahamilah ia. InsyaAllah. Wallahua'lam. Assalamualaikum