Seperti tersedia maklum, keputusan spm dah pun dimumkan pada 21 Mac Khamis yang lalu. Mencungap cungap ha nak ambil result, tapi dengan bantuan Allah swt alhamdulillah okay. Bertolak dari rumah dengan Nusry. Nusry asyik dok bebel je, macam tak takut pun ada dia ni. Dalam perjalanan, aku berzikir je. Bukanlah bermaksud masa tu je kita ingat Allah, tapi masa tu kita amat memerlukan Ilahi. Rasa macam nak gugur je jantung ni ha tapi tak payahlah nak hiperbola sangat en hahahahaha
Sampai sekolah, jumpa Aleefah, Pika Pi'e, Adila, Syera semua. Semua muka happy plus takut. Biasalah tu kan. Tapi setakut-takut diorang pun boleh lagi dok bersembang sembang bergosip gosip hahaha. Dah pukul 10 lebih, sekolah still tak umumkan lagi. Tunggu tunggu and tunggu........pengumuman pun diumumkan. -___- Suruh berkumpul di dewan and bla bla blaa...
Pelajar yang dapat straight pun diumumkan. Then yang lain jumpa guru kelas masing masing. Dengan baik hatinya aku suruh kawan kawan aku ambil result dulu hahahaha sebenarnya dalam hati taknak ambil awal awal sebab takut. Tapi Syera telah mendorong aku untuk ambil awal awal sebab ambil awal ke lambat ke, keputusan kita tetap sama. And.............aku pun jumpa Puan Chow Wai Mun. Sebelah Puan Chow ada Puan Anida. Puan Anida cakap BM aku A. Woooo hehehehe. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah result aku amat memberangsangkan dan memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting Mathematics aku A+ . Tu yang aku impikan selama ni. Alhamdulillah.
Dah dapat result, call Ummi. Ummi haaaaaaappy! Hehehe then call ayah. First soalan ayah mesti tanya Math A ke tak, wahaha. Ayah dok sibuk cakap result aku kat member member dia. Alhamdulillah dia bangga dengan kejayaan aku. Aku cakap kat Ummi and ayah, jangan bagitau sesiapa including saudara kita. Kalau dorang nak tau, datang rumah bawa hadiah sekali muehehe. Saudara mara semua tau result aku hari kedua selepas ambil result, 22 Mac. Lambat kan dorang tau? Hahahaha saje kasi suspen sikit.
Lepas dah dapat result, memang senang nak minta apa-apa kan haha. Bukan minta kat parents je senang, kat pakcik makcik semua pun ha. Semua nak belanja tu belanja ni. Enggak mengerti aku dong, cehh haha. Pok teh siap suruh tuntut hadiah pulak tu. Rezeki mencurah curah ha alhamdulillah. Malam ambil result tu, pak tam ngan makcu belanja makan kat Setiawangsa. Happening gilaaaa!
All of this with Pak Tam, Mak Tam, Wafiyyah, Waffa, Makcu, Paksu, Rizmi, Wan, Khaulis, Khosyi, Zubair and my lovely Ummi. Ayah tak ikut sebab belum balik kerja hmmph
Next, with Pokteh Mokteh sekeluarga and my family.
Kambing. My favorite food!
Yeah, time for yogurt
Dah makan dah kenyang buat kerja ni hahaha. Sepupu sepapat yang awesome
Thanks to Pokteh and Mokteh sebab belanja. Habis 225 ringgit pokteh, hehehe.
Good bye Rawsha!!!!
Ayah and Ummi pun ada bagi hadiah special tapi takleh nak show off kat sini nanti orang kata nak berlagak pulak. Even aku bukan dikalangan yang straight tapi aku puas hati dengan result aku. Aku boleh tandingi saudara saudara aku. Bukan nak berlagak tapi aku yakin aku boleh jadi yang terbaik. Abang Wara'e kata result aku boleh gi overseas and aku dah check, result aku memang layak. Alhamdulillah tapi apapun kena buat solat istikharah dulu. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.
Untuk kawan kawan seperjuangan aku, tahniah kepada yang telah berjaya dan tahniah juga kepada yang kurang berjaya. A bukan penentu keseluruhan masa depan kita. Be cool okaaaaay! Jangan terus kecewa. Ingat ni "Apa yang terjadi, itu semua daripada Allah dan pasti ada hikmah di sebaliknya". Teruskan mencapai cita-cita yang kita impikan selama ni. To Liyana, semoga dapat apa yang kau nak lepas recheck tu eh! To Kamal, semoga dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir. Wuuuu jauh tu. InsyaAllah dipermudahkan.
Assalamualaikum