"Kenapalah habis sekolah awal sangat" "Kenapalah aku perlu tinggalkan sekolah" "Kenapalah sekolah perlu tinggalkan aku" "Kenapalah kehidupan sekolah tak berpanjangan sampai ke tua" "Kenapalah perlu tinggalkan baju sekolah, homework, kelas, perhimpunan, alat tulis semua tu" "Kenapalah.....kena tinggalkan kawan-kawan sekelas" "Kenapalah.........baru aku terasa bahawa zaman sekolah lah yang best" Kenapalah persoalan ini timbul...." Kenapalahhh........
Entah kenapa persoalan kenapalah bermain dalam otak ni haa. Rindu sekolah agaknya? Hmmmph. Zaman dah berubah. Betul kata cikgu Lutfi masa hari terakhir spm "Perjalanan hidup kamu baru bermula".
Banyak pengalaman, banyak gelak tawa, banyak proses peniruan, banyak proses copy and paste, banyak soal jawab, banyak kemarahan daripada cikgu, banyak bebelan kasih sayang daripada cikgu, banyak tugasan, banyak proses ketiduran, banyak proses pemerlian, banyak proses penyanyian, banyak.....banyak yang berlaku dalam kelas. Oh I miss my class!
Kini, dalam diam, pejam celik pejam celik dah nak ambil result. Akhirnya, kita akan apat jumpa semula di sekolah, mungkin dalam kelas kita dulu? Ohhhhhhh of course not! Kelas kita dulu dah jadi hak orang lain, hak 5 Neptune 2013. Kita mungkin jumpa sambil pegang result yang cemerlang, sambil berpelukan dengan kata-kata "Tahniah! Kita sama-sama cemerlang". MasyaAllah.
Apa-apapun, selamat mengambil keputusan SPM bagi calon 2012. Assalamualaikum!