Kadang kala aku berfikir, mengapa aku perlu mengenali kau. Mengapa aku perlu jumpa kau. Mengapa aku perlu ada seseorang yang istimewa macam kau.
Aku mengenali diri kau bermula akhir tahun 2010 sehingga kini. Sudah hampir 3 tahun aku mengenali kau. Kau cuba memahami aku dan aku cuba memahami kau. Dari kawan, kau jadi special person in my life. Kau selalu bagi aku semangat untuk belajar. Kau ada tika aku sedih dan gembira. Thank you
Kau pelanggan setia Celcom dari dulu, mungkin satu keluarga kau pakai Celcom kot? Tapi lepas kenal aku, kau beli no Maxis 014. Kau kacau aku. Kau cakap 'ni syg awak' sedangkan masa tu aku tak rapat pun dengan kau. 1 soalan aku nak tanya kau. Kau memang suka kenakan aku eh? Konon nak berkenalan lah, apa lah... Haha. Awaaaaaaak, awak nak tau tak, saya senang nak cam suara seseorang. Kalau orang nak kenakan saya pun, saya dah dapat cam dah. :P
Dari dulu kau selalu cakap nak belanja aku toblerone. Mana? Kau tipuuuuuu :P
Kau duduk asrama masa f4 and f5. Dalam seminggu, mesti kau akan call aku guna public phone sekolah. Dapat cakap 2 minit sekalipun, itu sudah memadai. Setiap kali kau nak call aku, pasti kau gunakan public phone berlainan. 4 nombor public phone sudah aku save dalam phone aku. Kau selalu call aku tiap kali petang dan tiap kali petang itulah aku dah stanby pegang phone.
Aku ingat lagi, masa birthday aku yang ke 16. Kau orang yang paling lambat wish sebab time tu kau kata no kau hilang, thats why tak boleh wish. Time tu aku tak kisah sangat sebab aku tak rapat lagi dengan kau. Sejak hari tu, mulalah sesi perkenalan lebih rapat. Asyik asyik text, tokleh sangat on call. Aku suka bila kau sebut nama penuh aku. Aku tau nama aku sedap, en? Hahaha and sorry sebab merosakkan nama kau jadi A to the J to the E to the triple M. Hahahahaha enak en nama tu?
Time form 5, kita makin rapat, selalu contact. Kau gitau result trial exam kau. Kau gempak, untunglah~ Aku ada cerita kat kau pasal budak cina kelas aku. Aku cerita yang budak cina tu belanja coklat, kau terus buat cerita lain. Kau cakap ada budak perempuan belanja kau lollipop then kau cakap kat aku 'anis, jealous tak?' Hahahaha hello, takkan benda kecil centu pun nak jealous. Wek wekkk haha actually ada jugakla jealous sikit haha
Apa yang buat aku jealous sangat bila kau rapat dengan perempuan lain kat fb and twitter. Even aku block kau sekalipun, aku boleh stalk kau punya profile. Dah berapa kali eh aku block and unblock kau? Tak terkira en? Hahaha jahatnya lahai.....
Masa aku kat kem plkn, aku selalu call kau. Dapat phone Jumaat malam, pulang Ahad malam. Sebelum pulang, mesti call kau. Cakap apa je tah. Asyik asyik pesan 'take care, jaga kesihatan.' Pastu mesti tanya 'mesti dah jumpa someone kan' Hahaha dah bosan k dengan soalan tu. Aku ada cakap dengan kau, ada budak muka sama dengan kau. Kau cakap 'cuba tegur, mana tau tu betul-2 Ka^&* ke....' Hahaha merepek!
Kau dapat matrk Pahang. Aku cakap 'kenapa tak masuk je? Nanti boleh datang Perlis. Perlis dengan Pahang apa lah sangat, sekangkang kera je dalam peta.' Pastu kau bebel bebel bebel...... Entah apetah yang kau cakap, aku relaks je. Aku dengar sambil makan Chipsmore je hahaha.
Aku selalu minta nak lost contact dengan kau, tapi kau mesti larang aku. Kenapa eh? Kau sayang aku lagi eh? Huyoooo hahahaha tapi tak mungkin kau sayang aku lagi sebab aku kan selalu sakitkan hati kau. Lagipun kau dah nak gi Mesir, memang dah nampak sangat kita akan lost contact. Aku takde whatsapp, weChat, senang cakap aku bukan pengguna android ha. Susah ha nak contact.
1 Julai 2013 mungkin birthday terakhir kau aku wish. Belajar baik baik kat Mesir nanti, jangan dok terbayang bayang nama aku dah haha. Hazzon sa'idan, all the best!
Sincerely, your friend.