My classmates 2012 *5 Neptune*


Bismillah. Assalamualaikum :)

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Serious talk. Saya rindu sekolah. Rindu cikgu. Rindu library. Rindu kelas. Rindu nak padam whiteboard. Rindu nak tidur dalam kelas. Rindu tandas sekolah. Rindu perhimpunan. Rindu semua. Ye, semua yang ada kat sekolah tu, saya rindu. Apa yang paling dirindui ialah gelagat kawan-kawan sekelas. Setiap seseorang, mesti ada perwatakan masing-masing. Gelak tawa. Sombong riak. Bajet bajet. Poyo poyo. Ngada ngada, haha. Semua lah.

Bagi mengelakkan segala memori ini hilang, saya akan taip setiap perwatakan rakan-rakan saya dengan menggunakan jari saya sendiri. Seramai 30 orang dalam satu kelas. Saya akan bebel setiap seorang. Yes! Setiap seorang. Ok!. Tidak kira melayu, cina mahupun India. Soooooo, lets go! :)



Abaikan tarikh tu. Lupa nak set. Haha. Dari kiri : Adila, Shafika, Nusry, Najwa, Fatin, Anis and Aleefah.


Adila : Dalam kelas, duduk antara Najwa dengan Shafiqa Aini. Penolong ketua kelas. Sering tak datang sekolah ( sorry :P ). Geng gelak dengan Najwa. Periang. Susah nak nampak dia sedih. Suka gurau-gurau dengan Cikgu Zetty. Like "Cikgu, cikgu comel harini". Cantik! Dikaitkan dengan Hafizuddin. *Gurau-gurau* Tak puas hati time BM dia A masa trial. Huhh, nak A jugak! :P Tak kira di manapun, mesti berkepit dengan Najwa.


Najwa : Dalam kelas, duduk sebelah Adila. Pengawas. Kawan rapat Adila. Suka tidur time Cikgu Rashidah ajar Addmath. Tapi bila dia rajin, dia fokus 100%. Seriously! Masa stayback kat kelas, dia buat latihan sorang sorang. Duduk jauh jauh. Kalau tak faham, baru tanya kawan yang lain. Sudi puji aku kat mak dia. Thank you! Hahahahaha. WAIT! "Iwa, kalau kau stress, kau buat apa eh?" Hehehe. Okay, tu rahsia. Suka potpet potpet dengan Adila. Banyak share cerita dengan aku. Even aku tak rapat sangat dengan dia. :D


Nusry : Dalam kelas, duduk antara Shafika dengan Aleefah. Pengawas. Kawan segelak bersama. Kalau nak cerita sesuatu, mesti starting dengan gelak. Suka berkongsi cerita. Selalu balik sama dengan aku. Selalu ajak aku balik ikut jalan jauh dengan alasan boleh sembang lama-lama. Masa aku nak sambung tuition, Nusry cakap "Wei, cepatlah sikit masuk. Aku dah bosan asyik tatap muka Pika, Adila dengan Iwa je..." Power Sejarah. Rajin siapkan nota. Tulisan cantik. Suka lukis tak kena tempat. Time Aleefah buat latihan Addmath, aku ngan Nusry lukis-lukis kat buku latihan Aleefah. Lukis orang naik basikal. Hahahaha. Tepukan dia berbisa. Sakit gila!!!


Shafika : Dalam kelas, duduk sebelah Nusry. Pelajar perempuan paling tinggi. Pendiam SANGAT. Muka ala-ala cina. Selalu cakap muka aku garang masa ajar LK. Muka dia pun garang sebenarnya!! :PP Setiap kali datang sekolah, mesti buat muka garang macam nak telan orang. (Nusry yang cakap) Kalau nak tegur orang, mesti orang tu yang kena tegur dulu. Minat bahagian seni bina. Cara dia cakap, sopan and slow. Tapi kalau kena tepukan Nusry, then dia tepuk balik. Sakit! Ada silat. Selalu bawa cermin gi sekolah. Jalan lenggang-lenggang sambil bawa botol air warna pink. :P


Aleefah : Dalam kelas, duduk sebelah Nusry. Kawan rapat dalam kelas. Kadang kadang banyak mulut. Kadang kadang kalau tak datang sekolah, alasan "bangun lambat". Satu-satunya kawan yang ambil home tuition. Bendahari kelas a.k.a ahlong. Kalau nak tanya soalan Math, mesti tanya Yap. Dalam hati, dengan niat nak buat aku jealous. Tulisan besar tapi kemas. Tapi kalau tulisan malas, tak cantik. Hehehehehe sooooooorry :P


Fatin : Dalam kelas, duduk antara aku dengan Syahirah. Suka menyendiri. Selalu tidur dalam kelas, nak nak lagi waktu Addmath. Pastu, suruh buat latihan, mulalah terpinga-pinga. Harharhar sorry. Kadang kadang, suka gigit kuku. Rapat dengan Ahmad. Eh? Muahaha. Senang diajak berjalan. Pernah teman aku main bowling, dekat Selayang Mall. Kenangan yang takleh bla, tersalah bas, pastu kena jalan kaki lebih kurang 2KM. Power karangan BM and BI. Sejarah pun agak power. *Untung ah power Sejarah~~



Zikqwan and Fiqry.


Fiqry : Dalam kelas, duduk sebelah Dzul. Tapi kadang kadang sebelah Zikqwan. Ha entah. Hahaha. Budak baru masuk, pertengahan tahun centu. Mula-mula, ramai jugak budak 5 Neptune kurang suka dengan kehadiran dia. Tapi sekarang, WE ARE FAMILY! :D Pindah dari sekolah teknik KL. Kot. Bagi formula ingat tangent. Doraemon, Mickey Mouse. Kadang-kadang, selalu jugak cakap senyap senyap yang Fiqry ni comel kekadang. Kalau tangkap gambar, mesti tunjuk gigi. 


Zikqwan : Dalam kelas, duduk sebelah Dzul. Kot. Tak sure. Sorry! Penghantar essay paling awal. Pn Sharifah suruh hantar hari Jumaat tapi dia hantar hari Khamis. Budak rajin, bolehlah hantar awal awal. :P Suara gelak macam kelakar, tapi best. Okay lah. Haha. Dikaitkan dengan Syahirah. Eh eh? Muehehe. Masa trial, tiba tiba naik mendadak. No more main-main. Markah LK pun meningkat, cikgu Nada siap cakap "tahniah" lagi kat dia. Sudi tumpangkan aku, Najwa, Fatin and Pyka Zahari balik masa ada kelas tambahan LK. Terima kasih lah ye!



Dari kiri : Adila, Shafiqah Aini, Syafiqa Zahari, Anis and Syahirah.


Syahirah : Dalam kelas, duduk sebelah Fatin. Ketua kelas. Cantik and baik. Selalu kacau aku time LK, haha. Senang give up kalau tak dapat selesaikan soalan Addmath. Suka suara dia time bagi salam. Aktif kawad. Kalau dia marah, marah betul betul. Agak takut lah. Tapi aku tak takut punnnn :P Selalu advice aku. Cikgu apetah pernah cakap tulisan Syahirah cantik kat buku pergerakan. Kadang kadang bawa mee kat sekolah, sedap wuuuuu! Pedas, tu yang penting. 


Syafiqa Zahari : Dalam kelas, duduk sebelah Yi Mei. Pengawas. Suka curi curi makan. Suka cakap kat cikgu Nada "Cikgu wangi harini" "Tudung cikgu cantik". Tempat aku share cerita, pasal Kamal and pasal apa apa jela. Senang give up buat latihan LK. Dah give up, pastu ajak nyanyi sama sama. Kalau dalam lab Chemistry, nak duduk meja belakang sebab nak nyanyi. Nyanyi lagu nasyid pulak tu. Suka curi curi minum dalam lab Chemistry. Time dia minum, teacher tak pernah perasan pun. Kalau time aku nak minum, ada je yang memerhati. Hehhh. Selalu dapat pujian dari Cikgu Anida, Pn Sharifah and Pn Fatimah. Karangan BM and BI dia best! Nota Sejarah comel, warna warni. Power BM, BI, Agama and Sejarah. Suka tulisan dia, kemas kecil and sekata. Dapat PLKN.


Shafiqah Aini : Dalam kelas, duduk sebelah Adila. Pengawas. Cara percakapan dia jelas and teratur. Gigi cantik. Kalau senyum, mesti nampak gigi. Kalau tangkap gambar, mesti buat muka terkejut. Suka pinjam pen basah warna hitam Pilot. Satu-satunya classmate perempuan yang bawa motor. Bawa motor laju gila! Selalu tumpangkan Syahirah sampai warta. Macam gangster sikit. Kadang kadang, selalu sokong apa yang aku cakap. Nak-nak lagi, bab PLKN. Ringan mulut nak cakap 'terima kasih'.




Yi Mei : Dalam kelas, duduk sebelah Syafiqa Zahari. Pengawas. Satu-satunya perempuan cina dalam kelas. Pelajar perempuan paling pandai antara perempuan yang lain. Queen LK. Selain LK, power Addmath and Math. Pernah dapat Addmath 100%. Senang bergaul, tak kira kaum. Apa-apa event, mesti dia datang. Selalu cakap tak suka BM and Sejarah. Dapat PLKN. I like her voice when she said "Aiyaa!". Hehehehehehe :D



Dari kiri : Gin Wei, Dzul, Zhan Sheng, Fiqry, Wai Tat, Iqbal and Hock Heng.


Gin Wei : Dalam kelas, duduk antara Wai Tat dengan Hock Heng. Berkaca mata. Lelaki pujaan :P Pendiam. Kurang bergaul. Selalu dapat no 2 dalam kedudukan kelas. Baik. Suka 'bye bye' dekat sesiapa pun. Pandai subject Chemistry. Cikgu Anida panggil dia "Ooi". Nama penuh dia "Ooi Gin Wei". One day, ada someone datang nak jumpa Gin Wei. Masa tu Cikgu Anida tengah mengajar. So someone tu pun cakap "Cikgu, saya nak jumpa Gin Wei". Cikgu Anida lantas berkata "Gin Wei tak datang harini". Then kteorang pun mencelah "Cikgu, Gin Wei datang lah". Cikgu anggap yang Ooi dengan Gin Wei orangnya berbeza. Hahahaha.


Zhan Sheng : Dalam kelas, duduk sebelah Chiun Wern. Raja Math and Addmath. Berkaca mata. Cikgu Zetty suka puji dia and suruh dia ajar kteorang kalau kteorang tak faham. Kelam kabut. Selalu dapat no 1. Kalau buat presentation, mesti ada lawak sikit. Gelak kuat. Cakap pun kuat. Pernah kena tukar tempat oleh Cikgu Zetty sebab buat bising. Kena duduk depan aku -___- Masa aku dapat markah LK 100 then markah tu kena tolak, dia ejek aku. Ex sifu math aku. :P Dia ajar sebenarnya susah nak faham, sometimes buat buat faham. Haha. Tapi kalau dia explain again and again, baru boleh faham. Dapat PLKN. Cikgu Rashidah selalu gunakan paper (addmath) dia untuk dijadikan rujukan.


Iqbal : Dalam kelas, duduk sebelah Dzul. Anak cikgu. Pelajar baru, masuk dalam bulan 2 centu. Rapat sejak main bowling dengan Syawal. Suka berangan. Mempunyai impian yang tinggi. Minat kat seseorang.......... Kalau story sesuatu, mesti penuh dengan gaya dan memek muka. Masa buat makan makan kat kelas sebelum puasa, Iqbal bawa spaghetti, sedap! Cuma kurang pedas. Hehehehe. Pakar bab-bab menangkop gambor. Dengan rela hati, tumpangkan aku, Nusry, Syahirah and Pika Pie sampai rumah. Melantik aku sebagai sifu Addmath. Terasa cam terharu sikit. Lolololol~ Masa trial, suka sangat nak beat markah Addmath, Physics, Chemistry and LK ngan aku. Dia okay bab Chemistry. Tung ah pandai Chemistry! Lalalalala~


Dzul : Dalam kelas, duduk antara Iqbal dengan Zikqwan. Selalu datang lambat. Kadang kadang 7.45 baru sampai. Cara jalan, bergaya. Macam robot pun ada :P Mata macam berair. 'Abang Handsome'. Suka tidur. Sporting. Suka cakap dengan geng belakang. 


Wai Tat : Dalam kelas, duduk sebelah Gin Wei. Berkaca mata. Lelaki cina paling tinggi. Rajin datang sekolah even kawan cina yang lain tak datang. Suka buat kerja lain waktu BM. Selalu kena soal dengan Cikgu Anida, sometimes kalau tak dapat jawab, Gin Wei tolong. Suka tidur dalam kelas. Cara dia ajar Math, macam salesman (Syahirah cakap) Pandai LK. Pernah pinjam board LK aku. ^__^ Suka suara dia time dia cakap "Haaa?" and "Cikguuuuuuu". Hehehehehe


Hock Heng : Dalam kelas, duduk sebelah Gin Wei. Berkaca mata. Antara budak cina yang rajin ajar aku and kawan-kawan yang lain. Cara dia ajar best. Kalau dia taktau nak selesaikan something, baru dia tanya Zhan Sheng. Suka kaitkan aku dengan Zhan Sheng. -.- Masa hari graduasi, time ambil makanan, sempat lagi cakap dengan aku "Anis, takmau ambil gambar dengan Yap ke?" Haha. Suka main botol air dia time aku gi kat tempat duduk dia. :P Satu kumpulan Math dengan aku.



Kalau taktau nak selesaikan soalan, tulis nama Hock Heng kat setiap soalan. Hahahaha.



Dari kiri : Hafizuddin, Aiman, Ahmad and Farhan.


Aiman : Dalam kelas, duduk antara Murugiah dengan Viranjeet. Aktif kawad. Penyakat orang terbaik! Suka sakat Cikgu Rashidah. Bila Aiman tak datang, Cikgu Rashidah mesti tanya "Aiman mana Aiman?" Kalau boleh, semua orang dia nak sakat. Kadang kadang, kena bahan dengan classmates yang lain jugak. Tapi bila seseorang tu bahan dia, dia bahan balik orang tu. Tulisan dia cantik, kemas. Pn Sharifah yang cakap. Terror bab Agama Islam, bab hukum hukum tajwid and semua yang berkenaan. Time sebelum exam, Aiman ada cakap "Elehhh, baca buku pun. Tiru jugak nanti". Sebenarnya, dia jealous sebab dia duduk depan and tak dapat nak meniru. That's why dia cakap centu. Opssss~ Hahaha


Ahmad : Dalam kelas, duduk sebelah Malarvanan. Berkaca mata. Nama classmate yang paling ringkas. Cara dia jalan, cam bongkok sikit. Suara garau. Ada someone cakap cemni "Kalau dia bukan classmate aku, aku akan mengaku dia handsome. Selagi dia duduk sama kelas dengan aku, aku takkan mengaku dia handsome". Aku tak ingat siapa, tapi orang tu perempuan. Dikaitkan dengan Fatin. Eh? :P


Farhan : Dalam kelas, duduk sebelah Hafizuddin. Berkaca mata. Penjiwang tanah air. Suka pegang pen, pastu buat pusing pusing kat tangan. Aktif kawad. Cara dia cakap, laju. Aku pernah pinjam phone dia untuk dengar lagu. Time tu dia dah nak balik, tapi tak cakap pun ngan aku. Aku selamberrr je dengar lagu. Dia tunggu je. Muehehehe. Time SPM, kedudukan dia belakang aku. Tapi masa paper LK, duduk sebelah aku.


Hafizuddin : Dalam kelas, duduk sebelah Farhan. Berkaca mata. Lelaki paling tinggi and kurus. Suka melukis, dekat meja penuh dengan lukisan dia. Pen-design baju kelas. Masa Pn Sharifah buat ujian.......haa cam ujian nak tau perkembangan kita. Perubahan kita centu. Satu kelas kena lukis pemandangan kat kampung. Lukisan Hafizuddin sumpah cantik. Sumpah cam lukisan aku. Eh? Hahahaha. No lah. Serious cantik. Pn Sharifah pun puji lukisan Hafizuddin. Dia lukis lembu pun cantik. Macam lembu dalam iklan KitKat. :P Kalau perempuan nak tangkap gambar dengan dia, mesti dia rendahkan diri.



Dari kanan atas : Nizam, Murugiah, Viranjeet, Ahmad, Arvin, Luven, Malarvanan, Wai Tat, Chiun Wern and Hock Heng.
Dari bawah kanan : Hafizuddin, Aiman, Iqbal, Farhan, Gin Wei dan Zhan Sheng.


Chiun Wern : Dalam kelas, duduk antara Zhan Sheng dengan Arvin. Tak bergaul sangat dengan classmates yang lain. Tak pakai spec. Satu-satunya pelajar cina yang tak pakai spec dalam kelas 5 Neptune. Ada kembar, tapi kelas lain. Hebat subjek BM dan Sejarah tapi kurang sikit dalam subjek Addmath. Sejarah masa trial dapat 93, mengalahkan pelajar melayu. -.- Rajin baca nota Sejarah. Karangan BM dia, perghhh! Macam bukan karangan pelajar cina. Seriously, karangan dia macam orang muslim, ada kait-kaitkan dengan agama Islam, masjid, hadis nabi and sunah sunah..... Aku pernah baca karangan dia. Panjang berjela-jela. Penuh dengan peribahasa Melayu. 


Arvin : Dalam kelas, duduk sebelah Chiun Wern. Pengawas. Suka buat bising. Cara dia cakap, susah nak faham. Kelam kabut. Panggil aku dengan nama penuh 'Anis Munawwarah'. Power BI. Setiap kali Pn Sharifah tanya soalan bab Step by Wicked Step, mesti dia je yang jawab. Selalu kenakan aku time Addmath. Cikgu Rashidah suruh diam. Tiba-tiba, Arvin panggil aku "Anis Munawwarah, diam lah". Padahal time tu aku manede bising. Aku cakap balik kat dia "Manede aku cakap". Dengan secara tiba-tiba, aku yang kena marah dengan Cikgu Rashidah. Sejak dari tu, kalau dia panggil aku, aku buat taktau je. Hahahaha. Jarang datang sekolah, taktau kenapa. Time SPM, kedudukan dia kat depan aku.


Malarvanan : Dalam kelas, duduk sebelah Ahmad. Senang bergaul. Muka manis. Murah senyum. Kadang kadang, suka buat lawak. Ada suatu hari, time trial. Aku nak gi tandas. Pastu nampak dia duduk kat tangga, dia cakap "Anis, jangan cakap kat cikgu saya ada di sini. Saya sakit perut". Aku pun "Okay". Dia banyak hari tak datang masa trial sebab appendix. Patutlah dia cakap kat aku yang dia sakit perut, rupa-rupanya dia appendix. Kesian dia. Tapi sekarang dia dah okay! Masa SPM, duduk sebelah aku. Belah kiri. Time paper LK pun, duduk sebelah aku. Tak berganjak even tukar bilik. Siap minta tolong lagi kat aku time exam LK. Hoho


Nizam : Dalam kelas, duduk sebelah Luven. Jalan laju. Hidung tinggi. Erk, I mean hidung dia mancung. Bukan sombong. Cakap laju, kalau wartawan nak catit pun rasanya tak sempat. Murah senyum. 


Murugiah : Dalam kelas, duduk sebelah Aiman. Pendiam. Tinggi! Hidung tinggi jugak. Suka study sorang-sorang. Tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang lain. Susah nak dengar suara dia sebab dia pendiam. Ye, pendiam sangat. Aiman si penyakat, selalu kacau dia. Aiman kata, dia suka nyanyi. 


Viranjeet : Dalam kelas, duduk sebelah Aiman. Satu-satunya Singh dalam kelas 5 Neptune. Baik. Mudah untuk diajak bersembang. 


Luven : Dalam kelas, duduk sebelah Nizam. Pengawas. Pendiam jugak. Baik. Kadang kadang, banyak bercakap dengan Nizam. I mean banyak bersembang.  :P 



*Minta maaf kalau ada yang terlebih dan terkurang. Apa yang ada kat atas, tu semua atas pemerhatian aku, Nusry, Fatin dan Syahirah. Jangan ambil serius atas apa yang dikatakan, ini semua hanya untuk memori kita bersama. Ayat aku takleh blaaa! Hahahahahaha k.  Mungkin, lepas dah baca segala perwatakan dan gelagat kawan sekelas kita, kita dapat merasai dan mengingati lagi saat-saat dan detik kita bersama. How sweeeeeet~ Hahahahaha. Ok good luck dalam meneruskan hidup kalian di alam tahun baru.