Assalamu'alaikum warahmatullah.
Dengan rasa rendah diri, saya nak cakap yang saya dah merdeka. Hm okay. Actually dah merdeka lama dah. Tapi bahang-bahang kemerdekaan tu masih ada lagi. Maklumlah, pelajar yang terakhir merdeka kan. Ok. Tak payah cerita pasal tu. Ok. Cerita lapuk.
Hampir seminggu SPM menutup tirai. Majoriti calon-calon SPM 2012 kerja. Cari duit sementara menunggu keputusan keluar dan sementara tunggu PLKN. Yang dapat kumpulan 1, toksah lah kerja eh. Pegi awal bulan 1 kan? Selamat maju jaya. Straight to the point, saya dapat PLKN kumpulan 2 or 3. Dan ini menunjukkan, saya akan pegi selepas dapat keputusan. And! Ini membuktikan bahawa Allah memakbulkan doaku. Alhamdulillah. Niatku akhirnya bakal termakbul. Apa niat tu? Baca kat sini ( link ). Terima kasih Allahu Rabbi. Selama ni banyak persoalan yang bermain dalam minda, nak itu nak ini. Keliru. Akhirnya, dapat juga temui jalan penyelesaiannya. Syukran Allah. Xie xie! :D
Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Alhamdulillah.
Mula-mula rasa macam "Alaaaaaa, kenapa dapat macam ni. Nak dapat awal. Baru best. Balik nanti, dapat enjoy habis-habisan. Lepas amek result, takde benda dah nak fikir. Just fikir nak masuk U mana je. Ala kenapa mesti dapat kumpulan 2 or 3. Tak suka ah!". Tapi bila fikir-fikir balik, untungnya aku dapat yang ni. Masih ada peluang untuk dekatkan diri dengan Allah swt. Allah beri peluang untuk aku memahami, menghayati serta menghafaz kitab suci al-Quran. Sebelum ni, aku tak sedar Allah nak beri peluang ni. Tapi sekarang, alhamdulillah aku nampak peluang tu. Segala puji bagi Allah. :')
Ramai yang support dengan niat aku tu. Alhamdulillah. Niat yang baik, pasti disokong dengan baik. Ramai juga punyai niat yang sama macam saya ni. Emmyzah Red Dzatun NithaQin and others. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan Allah swt. Semoga niat kita ni sentiasa disokong oleh orang sekeliling dan dirahmati oleh Allah swt.You know something? Kita ada niat yang baik pun, kita dah dapat pahala. MasyaAllah.
Thanks for supporting me. Thank you so much! :) Jasamu dikenang selama 5 minit. Haha :P
Doakan saya k. Saya sebenarnya takut nak menghafaz al-Quran. Bukan apa, kalau kita lupa ayat-ayat yang telah kita hafaz, kita berdosa. So, saya risau. Risau sangat. Doakan yang terbaik untuk saya. Always remember me in your prayer. Xie xie, assalamualaikum.