Bismillahirrahmanirrahim........
Lamanya tak update blog. Sejak ber-SPM-ian ni, takdok masa nak hapdet hapdet. Sekarang, masa terluang macam sebiji durian yang terbiar. Ha? Takde kena mengena. Ok. So guysssssss, saya dah merdeka!!!! Merdeka buatan sendiri je sebenarnya. Tapi lantak lah kan. Siapa dulik kan? Kan? Hahahahahahahaha. Actually saya ada 1 paper lagi. And yes, paper tu amat besar. Bukan besar ke hapenya, I mean 'besar' bukan susah tahap maksima. I mean memang kertas tu besar. Saiz A3. Besar kan? Hahahahaha gelak lah..... Hahahahahaa ^ ^
Bukan nak tunjuk rajin. Tapi dah memang rajin, nak buat guano? Hahahaha. Mohon lempang saya.
Firstly, saya nak ucapkan tahniah untuk siapa-siapa yang dah merdeka. Especially to budak-budak Bio. Tapi dak-dak Bio sekolah gua tak merdeka lagi sebab dorang ada EST. Kesian kan? K takpelah, sekurang-kurangnya dorang bukanlah yang terakhir habis exam. Kita yang bergelar budak LK yang habis lewat. Ye dak? Sedihnya hidup~~ Nak gi jalan pun susah.
Tapi, kita dah habis exam pun. Kita kena ingat sesuatu. Gapo dia? Yesssss..... Teruskan amalan sunat yang kita selalu buat time kita exam. Kekalkan. Like qiamullail, solat tahajjud, solat hajat, bacaan Mathurat, dan doa yang berterusan. Berurusanlah denganNya setiap detik, setiap saat, setiap minit dan selama-lamanya. Istiqamah. Jangan lepas exam je, lupa Allah. Ingat, Allah boleh lakukan apa sahaja yang Dia mahu. Contohlah. Contoh je eh. If kita dah yakin kita boleh score sesuatu subjek tu and kita dah sangat yakin yang kita dah jawab dengan bagus, memang perfect lah jawapan tu. Tiba-tiba dapat result, !@#$%^&*. Allah boleh buat apa sahaja. I repeat, apa sahaja! Boleh terjadi apa-apa je. So, banyakkan berdoa dan sentiasa memujiNya dengan berzikrullah. InsyaAllah.
Otp with Ummi (guna public phone kat sekolah je)
Me : Ummi, Alhamdulillah Addmath p1 senang.
Ummi : Alhamdulillah. Tapi jangan happy sangat, p2 belum lagi. P2 kan biasanya susah.
Me : Ok Ummi. Ni nak buat latihan sikit ni. Bye Ummi, assalamualaikum
Ummi : Good luck, buat yang terbaik. Waalaikumussalam.
Kenyataannya, memang paper 2 susah. Takdelah sesusah mana, tapi bila Yap pun kata susah. Apetah lagi haku and kawan-kawan yang lain? Tapi..........takpelah. Dah buat yang terbaik. Ye, dah memang yang tu aku rasa macam terbaik gila aku jawab.
Balik rumah.........
Ummi : Ha macam mana?
Me : *senyum* Hebat soalah dia mi! Hebat sangat
Ummi : Takpe. Doa je kat Allah. Jawapan yang salah kemungkinan jadi betul. Allah boleh buat apa je, asalkan kita minta kat Dia.
So thankful to Ummi! Ummi bagi semangat kat gua. Hehehehehe. :*
Kesimpulannya, semua subjek ok. Alhamdulillah. Cuma masa buat karangan BM?BI/Agama Islam tu. Huhhh. Sakit tangan. Seb baik aku boleh guna dua dua tangan. Takdelah beban sangat tangan kanan. Thank tangan kiri sebab tolong tangan kanan, hehehehehehe.
Wish me good luck k! Paper LK tu ha, lambat sangat muncul. 6 Dec baru memunculkan diri. Haihhh assalamualaikum! :)