Aku ciptaan-Mu



Bismillah, assalamualaikum :)

Alhamdulillah saya masih bernyawa, masih dibenarkan untuk bernafas. Alhamdulillah hari-hari yang telah saya lalui berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah saya masih boleh bersujud kepadaNya. Alhamdulillah saya masih diberikan rezeki dan kenikmatan hidup. Alhamdulillah!! Itu semua kerana Allah mengizinkannya. Terima kasih ya Allah.



17 tahun 3 bulan saya duduk di dunia Allah swt ini. Saya mengaku saya terpengaruh dengan dunia ni seperti yang lain, saya mengaku saya rasa dunia ini adalah segala-galanya, saya mengaku saya pernah kata "Aku nak duduk kat dunia ni selama-lamanya", tapi hakikatnya? Itu tidak akan mungkin terjadi kerana dunia tidak akan kekal. Hari kiamat bakal menjelang, dan waktu ia menjelang kita tidak dapat jangkakan. Mungkin sesaat, seminit, sejam nanti and so on. Tapi.....cukupkah amalan kita untuk menghadapi alam seterusnya?



Saya bukanlah manusia yang sempurna untuk menyatakan yang saya dah bersedia untuk menghadapinya. Semua manusia melakukan kesilapan dan tidak akan pernah lari daripada kesilapan. Tapi kita mungkin boleh kata 'bersedia' jika kita yakin amalan yang kita buat itu diterima Allah. InsyaAllah. Kalau kita tak yakin dengan amalan wajib yang telah kita buat, tambahkan ia dengan amalan sunat. Bak kata ustazah kat sekolah saya "Cover balik amalan wajib dengan amalan sunat" :>



InsyaAllah, mulai saat ini saya cuba untuk menambahkan amalan-amalan sunat, saya taknak terpengaruh dengan dunia lagi. Ye, memang dunia ni indah. Tapi keindahannya hanya sementara. Salah jika kita mentafsirkan "Alaaaaa, ape salahnya nak enjoy dulu". Actually tak salah untuk enjoy, tapi enjoylah berpada-pada. Jangan sampai leka dengan dunia. Wallahua'alam, assalamualaikum :>