2016
Tahun yang bakal menutup tirai
Kurang daripada 48 jam, 2017 akan memunculkan dirinya
2016
Tahun yang dipenuhi banyak memori
Pahit manis masam masin kelat dan sebagainya
Tahun syahdu
Tahun riang
Tahun kelu
Tahun sibuk
...
Ok. Meh start 1 1 story dalam tahun 2016
Birthday surprise!
Balik rumah dari kuis. Dalam kereta, ayah diam je. Try tanya "Nak makan kat mana malam ni?". Sebab kebiasaannya akan makan kat luar je. Pastu ayah cakap "Makan kat mana? Kat rumah la". Diam jela pahtu. Sampai kat rumah je, gelap semacam. Ketuk pintu "surpriseeeeeeeeeeee" *pop pop pap pop prop pop pop* Tudia aihhhhh.
Dalam banyak banyak tahun, celebrate tahun ni yang advance kit. Umi masak spaghetti carbonara resepi sendiri. Macam macam coklat teraboq atas meja. Maceh ya semuaaa
Tahun paling kaya
Duit elaun masuk tak ikut sem. 1 Januari masuk gedebuk 3800. Masa tu dah sem 5. Elaun 3800 tu actually untuk sem 3 4. Duit makan JE pulak tu. Tak payah dok pikiaq yuran ke apa, fikir makan je. Duit makan pulak ayah memang dah bank in siap siap. Duit tu untuk apa? Hehehehehehe *evil laugh*
Sem 3 dgn 4 punya masuk awal tahun. Sem 5 masuk tengah tahun. 1900. Sem 6 tak masuk lagi.
"Gi buat lesen"
"Simpan je duit tu. Simpan utk kahwin nnt..."
"Nak gi mesir kan nnt. Simpan utk tu la"
Jadinya, duit tu pergi mana?
Hmmmmmmmmmmmmmmmm ada lah hihihihihi
Lesen kereta
Ha tudia. Orang buat lesen lepas spm, dia buat lesen umoq 21. Mana tak nya, duit tarak. Sekarang 1200 lesen D sahaja hmm. Anas dah ada lesen, baru kakaknya hegeh hegeh nak ambil lesen.
Dah dapat lesen, berjalan je kerje. Redah bawak manual. Pinjam kereta abg sepupu. Pinjam DBK. (Maceh kawan!). 1st naik jalan besaq bawak axia pi nilai. Pahtu naza dari kuis ke selayang. Then bezza dari selayang ke upm ke langat. Mungkin bagi orang lain, biasa biasa je, Tapi bagi aku, ianya pengalaman yg mempesonakan hahaha. Aku boleh bangga dengan anas, sebab dia tak berani nak naik highway lagi hahahahahahahaha bai.
Final year Diploma
Kalau dah bunyi pun tahun akhir, mesti lah banyak ceritanya. Ye dak? Segala puji bagi Allah, berstatus completed akhir bulan 10 yg lalu, Maka berakhirlah perjalanan bagi dip Quran dan Qiraat.
Khatam hafalan : Jumaat bertarikhkan 1 Julai 2016/26 Ramadhan 1437 dan merupakan ramadhan terakhir di kuis, khatam hafalan dengan Ust Shahir. Gigih jugak nak khatam time tu sebab next week nya dah cuti raya. Hari cantik, bulan cantik (Ramadhan). Allah tarik nikmat sikit masa khatam. Suara takde huhuhu. Ust Shahir bacakan doa khatam. Terima kasih ust!
Thesis : Kena buat lain dari classmates yg lain. Senang cerita, mcm degree punya hm. Merungut tu mmg tak payah cerita lah, tapi bila dah siap rasa macam "Ok apa aku dah merasa buat benda ni semua time dip. If deg kat msia, takdela rasa berat nak buat thesis. Atleast dah ada pengalaman". Positif manjang time buat thesis. Kena buat 70 page ke atas, jgn lebih 80. Penat perah otak. Tapi alhamdulillah, result setara dengan kesungguhan.
Tazkirah : Dikecualikan harharharhar. Batch lain semua tak puas hati kenapa batch kami tak kena tazkirah/khutbah. Kami pun act taktau kenapa kami tak kena. Nak kata tak remind penyelia, remind je. Rezeki kami la tu tak payah pi cakap kat depan guna mic kehkehkeh
Ciksu and Hidayah : Classmates perempuan. 2 je? Yup dua je. Since sem 3. Tahun akhir ni paling banyak bergambar dengan depa. Dari malu bergambar, terus gila bergambar hahahaha. Berlumba lumba nak siapkan thesis. Share tajuk tazkirah, Tolong carikan bahan utk assignment. Ajarkan apa yg tak fhm. Jadi kamus bergerak. Beli baju warna and pattern sama. Tahun ni paling banyak gi pasar malam sama sama. Makan sama sama. Balik naik ktm sama sama. Ha banyaklah kenangan bersama dalam 2016 ni. Rasanya kena update post special nanti pasal depa dua ni. Ok yg ni stop sini dulu
Hiking
Gunung Baling. 15 Oct 2016. Yg ni mmg 1st and last aku cakap. Serius taknak dah hiking. Tu lah pengalaman pahit manis hiking. Cukup situ jela hiking. Kalau future punya hobi hiking, aku nak dia tukar hobi dia. Aku nak cakap kat dia "lebih baik berkuda dari hiking". Serius ni serius. Plis la ubah hobi tu untuk aku. Tapi rasanya dia tak minat hiking kot. Harap haraplah haha
Confess
Haaaaaaa hahahahaha tak menahan nak confess confess bagai. Ni story bulan 10 yang lalu. Eh macam kelakar la bila teringat balik. Hahahahaha okbai
Misi 2020
Story bulan 10 jugak ni. Aih banyak pulak kejadian bulan 10 ni eh, Misi apa tu? Pm tepi if nak tau haha
Balik kampung
19 Oct 2016. 21 tahun di Malaysia, alhamdulillah diberi keizinan balik kampung Jambi Indonesia. 2 minggu kat sana. Macam macam ragam saudara kat sana, ada yg suruh stay sana, ada siap suruh kahwin dengan orang sana lagi. Lulz. Jambi panas, Kerinci sejuk. Lain suasananya di sana. Bila nak balik lagi?
Perabeh duit
Lesen D. Sjcam. RB. Alatan kuda. Ice skating entah berapa kali tah tahun ni. 4 5 kali jugak rasanya. Kasut? Tak payah cerita la. Tahun ni 5 pasang kasut. Umi cakap "jangan beli kasut dah. Pakai yg ada. Dah lusuh baru beli". Doc tak nasihat, dia perli habes. "Beli kasut baru? Kenapa tak beli 1 set terus". Deep aihhh
Tahun 2016 jadi tahun yg paling banyak perabeh duit. Ish3. Tapi ok la kot kan, berjoli guna duit sendiri? Ke tak ok? Yela, orang tak joli dah start tahun depan. Simpan duit untuk 2020
Ayah jenis bagi duit untuk keperluan sahaja. So kalau kemahuan, pepandai kau lah cari duit sendiri. Kemahuan ni sebenarnya atas dasar nafsu je. Doakan agar nafsu belanja anis akan berkurang naik tahun baru ni huhuhuhuhuhuhu
Ustazah Anis
Penutup 2016. Jadi fasi kat masjid upm. Atas ajakan classmate, alang alang takde keje lagi, so setuju jadi fasi kat sana. And wow, kenangan paling takkan dilupakan kat prog ni. Bak kata classmate yg ajak aku ni "Behind the wonderful moment there was a sad story though". Orang kata, tak cuba tak tau. Dah cuba, baru tau. Baru dapat pengalaman and belajar sesuatu dari pengalaman tersebut.
Nak hitung kenangan kat sini, memang tak cukup jari tangan ha. Kenangan baju warna sama yang paling tak menahan. Tersama tanpa sengaja haha. Macam macam lahai. Hidung. Muka. Qiraat. Kena share ilmu Qiraat dgn budak umur 5-17 tahun. Gigih aku fikir apa yg patut aku share. Last, baca surah anNas dengan adDhuha. Unik sikit bunyinya. Kan?
Hahaha tak cukup dinding dah nak gelak sakan bila teringat balik Jap.. Rasanya dah boleh tutup cerita lah kan pasal semua tu? Ok kita tutup.
Tak dilupakan favorite students. Dalam halaqah ada 5 je, tapi yg favorite nya ramai haha. Izlyka, Safiyyah, Aqilah, Afiqah, Aisyah, Nuryn, Wani, Fatin, Aina and Amna. Ustazah akan simpan surat kamu semua sampai bila2 hehehe
...
Pengalaman fasi adalah penutup indah bagi 2016. Pengalaman tu akan dibawa pada tahun 2017. Pengalaman tu akan digunakan untuk aku mengajar di tempat baru. Panggilan ustazah Anis akan digunakan semula! Oyeah.
Ustazah baik, kelakar dan seronok tetap ada. Tapi nak jadi garang tu tak reti lagi. Mungkin kena belajar lagi bab nak jadi garang.
Selamat melabuhkan tirai, 2016.
And welcome 2017
Azam 2017? Nak kekalkan 'azam' kini untuk selamanya. Hahahahahaha bai
Anis,
5:15PM
Taman Amaniah, Selayang, Selangor