Terkadang aku terfikir,
Mengapa aku dihidupkan?
Mengapa aku wujud di bumi yang sementara ini? Yang penuh dengan kemewahan yang bersifat tidak kekal
Kenapa hidup aku tidak seindah yang lain, dan kenapa ada juga yang lagi susah kehidupannya dari aku?
Kenapa dan mengapa...
Terkadang, persoalan mengapa dan kenapa tiada jawapan yang 1, ianya subjektif dan bergantung pada pemikiran kita. Mungkin jawapan itu lalu sambil dibawa angin, terdetik dalam kotak pemikiran kita.
Aku?
Aku seringkali tidak nyenyak tidur dek kerana memikirkan adakah esok hari masih menjelma?
Ya!! Ia masih menjelma. Tetapi jasad ini tidak pasti masih mempunyai roh atau sebaliknya. seringkali aku toleh kiri toleh kanan memikirkan adakah aku akan berjumpa esok hari.
Aku juga memikirkan apakah peranan aku di dunia yang fana ini. Ya! Pastilah sebagai khalifah,
Selain itu?
Apa peranan kau untuk masyarakat? Ok. Tak payah besaq sangat. Kita tanya "Apakah peranan kita dalam keluarga?"
Sebagai anak yang taat pada ibu bapa.
Sebagai abang/kakak/adik yang baik
Macam mana kita tunjukkan?
Doa
Tolong menolong
Bantu membantu
COMMON!!!!! BERKEMBANGLAH SIKIT, NI MACAM ISI KARANGAN BUDAK FORM 3
Nasihat
Nasihat
Nasihat
Jikalau si ibu lemah lembut, hanya berjejeran air mata, mungkin dia sukar untuk menasihati...
Jikalau si ayah kasar, bengis, berang, mungkin bukan dia untuk menasihati...
Jikalau si abang seorang yang senyap, tidak biasa untuk bertutur kata, mungkin bukan dia juga untuk menasihati...
Jikalau si kakak hanya pandai berleter dan bercakap bila perlu, mungkin bukan dia untuk menasihati..
Jikalau si adik hanya bersama dengan gajet dan masih di bangku sekolah, mungkin bukan dia juga untuk menasihati...
Justeru, siapa? Siapa lagi yang boleh diharap untuk menasihati abangmu/kakakmu/adikmu? Boleh jadi menegur kesilapan ayahmu/ibumu?
Ya!! Kamu. Tiada yang lain. Cuma kamu.
Tidak berguna jika kamu belajar tinggi, tetapi tidak pandai untuk menasihati ahli keluargamu...
Tidak berguna jika kamu menjejakkan kaki ke menara gading, jika kamu tidak boleh memulakan 'round table' bersama ahli keluargamu...
Nasihat bukan untuk menunjukkan diri itu tinggi, baik dan sebagainya. Cuma ingin menjadikan seseorang itu lebih baik. Ingat mati dan mempercayai bahawa dunia ini tidak kekal selamanya.
Anis,
6:54AM
Taman Amaniah, Selayang, Selangor